View Complete Profile…

Mohamed Khalid Nordin

Nama : Mohamed Khaled bin Nordin
Tarikh Lahir : 30 November 1958
Pendidikan Menengah : Sekolah Tinggi Muar serta English College, Johor Bahru
Pendidikan Tinggi : Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Malaya
Pekerjaan : Ahli Parlimen Pasir Gudang dan Menteri Pengajian Tinggi

Selepas tamat pengajian undang-undang di Universiti Malaya, saya kemudiannya menyertai Jabatan Undang-Undang di Petroliam Nasional (Petronas) sebelum dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Shahrir Abdul Samad pada tahun 1983 dan terus memegang jawatan tersebut sehinggalah perkhidmatan Dato’ Shahrir sebagai menteri pusat tamat pada tahun 1987. Saya kemudiannya menyertai semula dunia guaman dan perniagaan tapi terus aktif dalam politik. Bermula sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru, saya kemudiannya terpilih sebagai Ketua UMNO Bahagian pada tahun 1995-98 ketika Dato’ Shahrir digantung jawatan dalam UMNO. Bagaimanapun apabila Dato’ Shahrir diterima semula, saya telah menyerahkan semula jawatan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru kepeda beliau dan menyandang jawatan Timbalan Ketua Bahagian (1998-2003). Di peringkat pusat, saya telah terpilih sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada tahun 1993 dan kemudian berjaya mempertahankan kerusi yang sama pada pemilihan 1996 sehingga tamat tempoh pada tahun 2000. Karier saya sebagai ahli Parlimen pula bermula pada tahun 1990 apabila saya memenangi kerusi Parlimen Johor Bahru. Saya terus kekal sebagai Ahli Parlimen Johor Bahru selama 3 penggal berturut-turut sehinggalah beralih ke kerusi Parlimen Pasir Gudang pada pilihanraya umum 2004 sekaligus menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang yang baru ekoran persempadanan semula kawasan pilihanraya. Pada pilihanraya umum ke-12 yang berlangsung Mac 2008 saya sekali lagi mempertahankan kerusi parlimen Pasir Gudang buat penggal kedua. Diperingkat persekutuan, saya pertama kali dilantik dalam kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya selepas pilihanraya umum 1999. Pada 1 April 2004 saya telah dilantik sebagai Menteri penuh di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Hari ini, saya juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO serta Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor.

Responses

  1. Tahniah Dato’ di atas perlantikan Dato’ sebagai Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

    Dari: En Tan Chin Seng,Kolej SAL Johor Bahru.

  2. Assalamualaikum Dato

    Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin….

    Semoga Dato berjaya mendapat pencalonan yang sedang dijalankan..

    Wassalam

  3. Tahniah Dato’ diatas perlantikan sebagai Menteri Pengajian Tinggi.

    Semoga Cita-Cita Negara dapat terlaksana oleh kepimpinan YAB Dato’ dan YAB Perdana Menteri.

    Dari

    En. Kamal Jaafar

    Malaysian Expatriate di Doha, Qatar


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: