Posted by: khalednordin | June 29, 2009

Terima kasih PM!

Petang Ahad semalam merupakan saat yang paling bermakna kepada pelajar-pelajar UiTM Shah Alam.  Y.A.B Perdana Menteri diiringi isteri telah sudi meluangkan masa untuk bersama-sama dengan ribuan pelajar yang baru sahaja beberapa hari mendaftar ke UiTM dalam aktiviti senam seni, sempena Minggu Mesra Siswa mereka.

Kesudian Y.A.B Perdana Menteri dan isteri untuk meluangkan masa serta beramah mesra dengan para pelajar tersebut adalah bukti keprihatinan dan komitmen peribadi beliau.  Selain turut sama menyertai aktiviti riadah pada petang itu, beliau juga berkesempatan minum petang di kediaman siswa -Kolej Perindu; sambil berbual dan berinteraksi bersama mereka.  Beliau juga sempat bertanya dan mendapatkan pandangan daripada anak-anak muda UiTM mengenai kehidupan di universiti serta harapan dan hasrat mereka terhadap kepimpinan negara.  Selain itu, beliau dan isteri turut menyampaikan amanat dan nasihat peribadi mereka kepada para pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh dan sentiasa menerapkan budaya kecemerlangan dalam pengajian mereka untuk memastikan kejayaan gemilang pada masa hadapan.

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan saya sekali ucapkan kepada Y.A.B Perdana Menteri dan isteri atas kesempatan dan kesudian masa yang telah diluangkan.  Semoga lawatan petang semalam akan menjadi pemangkin bagi para pelajar untuk terus bersungguh-sungguh dalam pengajian mereka.


Responses

  1. Saya amat berbangga dengan Y.A.B. Perdana Menteri serta isteri meluangkan masa serta beramah mesra dengan para pelajar sempena Minggu Mesra Siswa.
    Syabas juga buat Menteri Pengajian Tinggi dalam mengambil berat hal ehwal pelajar di Institusi Pengajian Tinggi..

    • Saudara pembaca sbjb,

      Adalah menjadi komitmen dan kesungguhan kerajaan untuk memberikan khidmat dan prestasi terbaik, demi kebaikan semua. Terima kasih atas sokongan serta keprihatinan saudara sbjb.

      Terima kasih.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: