Posted by: khalednordin | May 8, 2009

Lawatan Kerja ke Universiti Kuala Lumpur (UniKL)

unikl

Pengumuman Perdana Menteri, Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak baru-baru ini mengenai penstrukturan semula beberapa agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi atau MECD, sememangnya ditunggu-tunggu oleh semua.  Dalam pengumuman tersebut, Y.A.B Perdana Menteri telah membuat keputusan dengan meletakkan dua buah universiti; (i) Universiti Kuala Lumpur (UniKL); (ii) Malaysia-Japan University (MAJU); di bawah kendalian Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). 

Sebagai Menteri yang bertanggungjawab, saya menyambut baik pengumuman dan keputusan tersebut.  Saya percaya kedua-dua buah institusi pengajian tinggi ini mempunyai peranan unik masing-masing dan berpotensi besar untuk sama-sama menyumbang kepada kecemerlangan sektor pengajian tinggi negara.

Sehubungan dengan itu, saya juga telah berkesempatan membuat lawatan kerja rasmi ke Kampus Kota UniKL semalam.  Lawatan ini bertujuan untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai universiti berkenaan serta bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai tadbir urus, struktur organisasi, pencapaian program akademik serta aktiviti-aktiviti pelajar universiti serta kampus-kampus cawangan UniKL.

Hasil daripada lawatan tersebut, saya amat berpuas hati dengan perkembangan semasa universiti tersebut. Beberapa isu dan cabaran sudah semestinya akan ditangani, dengan bantuan dan komitmen daripada KPT sendiri. Saya juga merasakan UniKL berpotensi untuk dikembangkan dalam beberapa aspek termasuk kepelbagaian program akademik, usaha pengantarabangsaan dan juga aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D). Selain daripada itu, 3 perkara yang UniKL perlu terus beri penumpuan adalah:

1.     Pentadbiran UniKL akan terus diberi autonomi dan fleksibiliti (sama seperti universiti-universiti lain);

2.     UniKL akan terus kekal sebagai sebuah institusi pengajian tinggi bertaraf swasta (IPTS), di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi; dan

3.     UniKL akan terus kekal berfungsi sebagai ‘bridging’ untuk pelajar-pelajar lepasan pusat-pusat pendidikan dan kemahiran Majlis Amanah Rakyat (MARA), bersesuaian dengan asas serta visi penubuhan UniKL itu sendiri.

 Harapan saya agar UniKL akan terus menyumbang dan memainkan peranan mereka terhadap perkembangan sektor pengajian tinggi negara, yang akhirnya menyumbang kepada kecemerlangan dan kegemilangan sektor tersebut.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: