Posted by: khalednordin | May 7, 2009

Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) 2009

Seperti yang saya telah umumkan semalam, sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengajian Tinggi, satu karnival khusus untuk graduan akan diadakan pada pertengahan bulan ini.

Karnival Kerjaya dan Keusahawan Graduan (K3G) ini diilhamkan bagi menyediakan sebuah ‘one-stop-centre’ untuk para graduan yang telah menamatkan pengajian untuk mencari peluang pekerjaan serta kerjaya ideal, yang sesuai dengan kelayakan dan diri mereka. Penganjuran ini diharap dapat memudahkan para graduan mendapat pekerjaan yang sesuai, pada masa pasaran pekerjaan yang kurang memberangsangkan ketika ini. Ianya juga diharap dapat digunakan oleh mahasiswa institusi-institusi pengajian tinggi di seluruh negara untuk mendapatkan pendedahan awal dan maklumat lanjut mengenai peluang-peluang pekerjaan yang terdapat dalam sektor pekerjaan di negara kita.

Karnival yang akan berlangsung pada 15-17hb Mei ini adalah bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Saya sendiri akan hadir untuk merasmikan majlis pelancaran karnival ini pada hari Sabtu, 16hb Mei 2009, jam 10.00 pagi.

Saya sekali lagi menyeru kepada semua graduan dan mahasiswa dari IPT seluruh negara untuk hadir ke karnival ini. Adalah menjadi harapan dan hasrat murni saya agar penganjuran karnival pada kali ini mencapai matlamat serta objektif penganjurannya.

Maklumat lanjut mengenai K3G, sila layari http://www.mohe.gov.my atau http://www.mycef.com.my


Responses

  1. Dato’ Seri Khaled, congratulations on dreaming up this fantastic event. I was there and the number of companies and job opportunities available left me speechless. The organizers My-Events (which I noticed printed on their shirts) and MOHE were very helpful and patient with me.

    I received a number of job offers on that day and it made me and my parents very happy and grateful for this event.

    Once again…. congratulation and a big heartfelt Thank You!!!

  2. Ucapan tahniah dan jutaan terima kasih kepada Y.B. Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi sebagai pihak penganjur dan My Events, pihak pegurusan diatas kejayaan karnival kerjaya ini. Saya, mungkin juga mewakali para pelawat-pelawat yang telah berkunjung ke karnival sungguh berasa berpuas hati dengan pengurusan yang amat baik dan sesungguhnya diluar jangkaan kami.

    Sememangnya penganjuran K3G adalah salah satu usaha Kementerian dalam membantu meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja graduan yang dihasilkan oleh Institusi Pengajian Tinggi di negara ini melalui pendekatan mekanisme pasaran pekerjaan. Kami telah memperoleh banyak pengetahuan dan “tips” mengenai kerjaya samada di dalam sektor awan dan sektor swasta secara lebih lanjut dan lebih terperinci.

    Saya sememangnya amat teruja terhadap “online” dan “bar code system”. Ia sangat mudah, teratur dan sesungguhnya lebih lancar. Ini telah membuktikan bahawa rakyat kita telah maju and prihatin kepada teknologi dan sistem baru. Selain itu, aktiviti-aktiviti termasuk pameran, temuduga terbuka, ceramah kerjaya, ceramah keusahawanan dan klinik kerjaya juga banyak membantu para pelawat.

    Sekali lagi saya megucapkan tahniah dan jutaan terima kasih diatas usaha pihak tuan. Saya berharap semoga karnival ini akan dianjurkan semula dimasa akan datang. Sekian, terima kasih.

  3. Tahniah diucapkan kepada Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin atas kejayaan Karnival Kerjaya dan Keusahawan Graduan (K3G). Walaupun dalam kegawatan ekonomi, K3G membuktikan negara kita masih mempunyai banyak peluang untuk graduan seperti kami.

    Pre-registration dan penggunaan bar code system banyak membantu mempercepatkan dan mempermudahkan proses permohonan pekerjaan.

    Semoga karnival seperti ini akan kerap diadakan

  4. Terima kasih dan saya amat menghargai komen-komen anda semua para pembaca. Komitmen saya adalah untuk memberikan yang terbaik terhadap penganjuran K3G tahun hadapan. Semoga semua akan terus memberi sokongan kepada Kementerian Pengajian Tinggi. Terima kasih.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: