Posted by: khalednordin | January 4, 2009

Sambutan Maal Hijrah 1430 H Peringkat Pasir Gudang

maalhijrah

“Hijrah Menjana Keunggulan Ummah”

Pada malam Sabtu, 3hb Januari saya telah menghadiri majlis Sambutan Maal Hijrah 1430 H peringkat Pasir Gudang di Masjid Al-Muhajirin Bandar Masai. Majlis adalah anjuran Biro Agama UMNO Bahagian Pasir Gudang dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al-Muhajirin. Ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada penceramah jemputan pada malam itu, Yang Berbahagia Mejar Jeneral Dato’ Jamil Khir Baharom, Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) kerana telah sudi hadir dan sama-sama berkongsi ilmu dengan para jemaah dan jemputan pada malam tersebut.

Adalah menjadi harapan dan hasrat saya untuk melihat makna serta pengertian peristiwa Hijrah Nabi Muhammad S.A.W dan para Muhajirin dari Kota Makkah ke Kota Madinah dapat sama-sama dihayati oleh seluruh umat Islam pada masa kini. Nilai-nilai pengorbanan, persahabatan, setiakawan, cinta kepada agama dan negara seharusnya dicontohi oleh semua lapisan masyarakat umat Islam. Sesungguhnya peristiwa Hijrah itu sendiri dipenuhi dengan pengajaran, tindakan dan contoh teladan kehidupan yang telah ditunjukkan oleh Rasullulah dan para sahabat melalui peristiwa penuh bermakna itu. Benih perpaduan, persaudaraan, tolong-menolong, pengorbanan, kecintaan dan ketakwaan juga harus ditanam dalam sanubari setiap umat Islam. Setiap umat Islam harus sedar dan bangkit dalam mempelopori bidang ilmu, sains dan teknologi untuk terus kekal bersaing dalam era globalisasi yang penuh mencabar ini.

Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan juga saya ucapkan kepada Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Pasir Gudang, Tuan Haji Abu Bakar Mustaffa Kamal serta para pegawai dan ahli jawatankuasa beliau, kerana telah berjaya menganjurkan majlis pada malam tersebut dengan jayanya.

Saya turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada 2 orang penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Pasir Gudang pada tahun ini iaitu Tuan Haji Zulkifli Abd Jalil dan Puan Hajjah Khalsom Hj Idris. Semoga ianya menjadi pemangkin semangat dan suntikan motivasi serta contoh teladan kepada semua untuk kita sama-sama terus berbakti kepada masyarakat demi membangun serta memartabatkan agama, bangsa dan negara yang kita cintai.


Responses

  1. salam maal hijrah🙂

    Suara Keramat Rakyat Terengganu :
    Tiada Halangan Hanya Peluang🙂
    http://pro-faizal.blogspot.com
    Takkan Melayu Hilang Di Dunia
    http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
    Tiada ‘Hantu’ Di Kuala Terengganu😉
    http://Forum1Malaysia.blogspot.com

  2. Salam Dato Seri,

    Tahniah kepada semua yang terlibat pada majlis tersebut moga dapat dijadikan acara tersebut lebih bermakna dengan kehadiran lebih ramai penceramah untuk membincangkan isu-isu agama yg sensitif & yg saya nampak sekarang agak longgar penguatkuasaan nya diperingkat yg lebih tinggi.

    Wasalam.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: