Posted by: khalednordin | January 2, 2009

Tahniah Malaysia di Sukan Universiti ASEAN ke-14

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada atlet-atlet universIti Malaysia yang telah mencatatkan pencapaian yang begitu membanggakan dalam Sukan UniversitI ASEAN kali ke-14 baru-baru ini. Dengan pencapaian sebanyak 90 pingat emas telah menjadikan Malaysia muncul sebagai juara keseluruhan kejohanan.

Semoga kejayaan yang dicapai oleh atlet-atlet universiti Malaysia pada kejohanan kali ini menjadi pemangkin semangat untuk mereka terus berjaya. Kejayaan ini juga diharap akan menjadi suntikan motivasi baru untuk mereka melangkah lebih jauh dalam bidang sukan di peringkat yang lebih tinggi.

Ucapan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan juga saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam memastikan penganjuran kejohanan kali ini adalah yang terbaik dan terbesar pernah diadakan. Sokongan dan komitmen semua dalam memastikan kejayaan penganjuran amatlah dihargai.

Saya turut mengalu-alukan kesudian negara Thailand untuk menjadi tuan rumah di kejohanan AUG ke-15 yang akan diadakan pada tahun 2010 nanti. Semoga semangat perpaduan dan keharmonian ASEAn yang menjadi teras kejohanan ini terus subur di kalangan komuniti universiti ASEAN.

Teks Ucapan YBM


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: