Posted by: khalednordin | December 15, 2008

Sukan Universiti ASEAN Ke-14 2008

Sukan Universiti ASEAN kali ke-14 yang telahpun dirasmikan Sabtu lalu, membuka tirai kejohanan dengan penuh gilang-gemilang.  Selamat Datang ke Malaysia dan ke kejohanan Sukan Universiti ASEAN kali ke-14 saya ucapkan kepada semua ketua delegasi, ketua-ketua kontigen, para atlet, pegawai-pegawai kejohanan serta sukarelawan dari kesemua 10 buah negara ASEAN termasuk Timur Leste.  Terima kasih, setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah saya ucapkan kepada Jawatankuasa Pelaksana Sukan Univerisiti ASEAN 2008 kerana telah bertungkus-lumus memastikan kelancaran dan kejayaan majlis perasmian serta perjalanan kejohanan berjalan dengan sempurna.

Signifikan kejohanan ini adalah sangat besar kepada komuniti ASEAN.  Para atlet universiti yang merupakan generasi muda aset terpenting setiap negara mempunyai peranan besar dan sangat penting dalam memastikan ASEAN terus berkembang pesat dan maju sebagai sebuah rantau. Kejohanan ini bukan sahaja membuka peluang kepada atlet-atlet terkemuka dari semua universiti bertanding sesama mereka dengan semangat ASEAN, tetapi merupakan platform integrasi untuk semua atlet yang bertanding.  Semangat juang tinggi dalam pertandingan serta komitmen dan kesungguhan jitu meraih kemenangan yang ditunjukkan para atlet dalam bersaing diharap menjadi refleksi semangat mereka bersaing dalam semangat ASEAN.  Adalah menjadi harapan saya agar matlamat dan hasrat kejohanan dapat dicapai dan dijayakan oleh semua pihak yang terlibat. Komitmen dan kesungguhan semua dalam merealisasikan hasrat tersebut sangatlah dihargai. Selamat Maju Jaya juga saya ucapkan kepada semua atlet yang bertanding dan mengambil bahagian sepanjang kejohanan.

Teks Ucapan YBM Pengajian Tinggi


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: