Posted by: khalednordin | November 17, 2008

Majlis Penyampaian Sumbangan – Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Tengku Mahmud, Besut Terengganu

Saya telah menerima jemputan oleh Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Tengku Mahmud, Besut Terengganu atau TMESA untuk menghadiri majlis penyampaian sumbangan kepada pelajar-pelajar dari negeri Terengganu yang sedang menuntut di IPT tempatan. Namun, atas sebab tugas rasmi, yang mana saya telah dipanggil oleh Y.A.B Perdana Menteri untuk turut mengikuti beliau ke Uzbekistan sempena lawatan rasmi beliau ke sana, saya terpaksa menghantar wakil. Untuk memenuhi jemputan pihak TMESA, saya telah mewakilkan Setiausaha Sulit, Saudara Rohazam Shah bagi menyampaikan bantuan tersebut kepada 50 orang penerima.

Ucapan tahniah saya ucapkan kepada pihak TMESA kerana dapat menganjurkan majlis dan datang dengan inisiatif murni yang bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan. Saya juga difahamkan pihak TMESA telah mendapat sumbangan dan bantuan dari Yayasan PEKEMA. Usaha serta inisiatif sebegini wajar dipuji dan digalakkan sebagai memenuhi tanggungjawab sosial oleh pihak swasta dan korporat.

Apa yang lebih penting ialah sumbangan wang ringgit yang diberikan oleh TMESA dan Yayasan PEKEMA ini diterjemahkan oleh para penerima dengan sebaik mungkin bagi memudahkan urusan pelajaran mereka. Harapan saya agar sumbangan tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya sekaligus membantu meningkatkan motivasi dan pemangkin semangat untuk mereka terus berusaha mengecapi kejayaan dalam pelajaran.

Sekali lagi, saya berterima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan  yang diterima dan memohon maaf kerana tidak dapat hadir ke majlis tersebut. Alhamdullilah, saya mendapat berita bahawa majlis berjalan lancar dan sempurna. InsyaAllah, jika ada majlis lain anjuran TMESA saya akan saya akan cuba penuhi pada masa akan datang.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: