Posted by: khalednordin | November 13, 2008

Lawatan rasmi ke United Kingdom (6-9hb November 2008)

Saya berkesempatan mengadakan lawatan rasmi ke United Kingdom pada 6 hingga 9hb November yang lalu. Tujuan utama lawatan ialah bagi memenuhi jemputan pelajar-pelajar Malaysia di sana dan sama-sama meraikan kemeriahan Nottingham Malaysian Games untuk tahun ini.

Selain memenuhi jemputan pelajar-pelajar kita di Nottingham, saya juga turut berkesempatan mengatur pertemuan dengan H.E David Lammy, Minister of State for Higher Education and Intellectual Property, United Kingdom. Beberapa perkara telah dibincangkan dalam pertemuan singkat dengan beliau mengenai kerjasama dan hubungan rapat yang boleh dijalinkan antara kedua buah negara khusus dalam sektor pengajian tinggi.
 
Saya turut berkesempatan mengadakan pertemuan tidak rasmi dengan para pelajar serta profesional Malaysia yang berada di bumi UK. Saya berasa gembira kerana ramai pelajar kita yang sangat peka serta prihatin dengan perkembangan semasa Malaysia baik dari segi hal ehwal isu semasa, politik, ekonomi dan juga hal-hal lain.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pihak penganjur Nottingham Malaysian Games 2008 yang telah berjaya mengumpulkan sebegitu ramai pelajar Malaysia untuk mengambil bahagian dalam acara itu.

Teks Ucapan Nottingham Games 2008


Responses

  1. Salam Dato Seri, Tahniah dan syabas diucapkan diatas segala usaha untuk menjalinkan hubungan dengan UK dalam sektor pengajian tinggi..Moga kerjasama tersebut akan membuahkan hasil yang akan memanfaatkan pelajar khasnya dan negara amnya…

    Wasalam….


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: