Posted by: khalednordin | November 5, 2008

Commonwealth of Learning (CoL) Regional Focal Points Meeting – 29hb Oktober 2008

Commonwealth of Learning (CoL) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi telah menganjurkan satu perjumpaan selama 3 hari dengan 17 negara anggota CoL di Kuala Lumpur. Perjumpaan diadakan bagi memberi peluang kepada negara anggota terbabit CoL untuk berbincang mengenai pencapaian terkini mengenai Pelan 3 Tahun 2006-2009 yang diperkenalkan oleh CoL. Antara lain perjumpaan bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dan input dari para peserta mengenai hala tuju untuk membangunkan pelan tersebut selain platform terbaik untuk mereka berkongsi maklumat, bertukar-tukar idea dan fikiran serta peluang interaksi antara peserta dalam membangunkan sektor pendidikan dan pengajian tinggi negara masing-masing.

Saya merasakan usaha murni sebegini wajar diberi perhatian dalam usaha kerajaan melalui pihak Kementerian Pengajian Tinggi untuk memartabatkan lagi sektor pengajian tinggi tempatan. Input serta hasil perbincangan melalui usaha seperti ini akan membantu secara terus perkembangan institusi-institusi pengajian tinggi tempatan di samping membantu sektor pendidikan dan pengajian tinggi negara-negara anggota CoL yang kurang membangun. Selain dapat berkongsi kepakaran dan kelebihan negara-negara anggota yang lebih membangun, ianya juga peluang terbaik untuk negara-negara anggota merapatkan hubungan diplomatik sesama mereka melalui jalinan kerjasama dalam sektor pendidikan.
 
Sekali lagi tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada CoL dan pihak kementerian kerana telah memilih Malaysia sebagai tuan rumah untuk perjumpaan kali ini. Saya berharap semoga para peserta perjumpaan mendapat manfaat sebaik mungkin dari inisiatif murni ini dan diharapkan juga perjumpaan kali ini mencapai matlamat dan objektif utamanya.

Ucapan seperti berikut


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: