Posted by: khalednordin | November 4, 2008

Selamat Menunaikan Ibadat Haji

Sempena musim haji yang telah pun tiba, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berlepas kepada bakal jemaah haji yang akan menjadi tetamu Allah di Tanah Suci kota Makkah. Saya difahamkan bakal-bakal haji dari seluruh Malaysia akan berlepas mulai Ahad, 2hb November 2008 secara berperingkat-peringkat. Saya cukup yakin dengan persiapan para jemaah sekalian dibantu oleh pihak pengurusan Tabung Haji. Saya pasti Tabung Haji sentiasa bersedia untuk membantu para jemaah sekalian dari segala segi meliputi aspek penginapan, kebajikan, kesihatan, pengangkutan dan pemakanan jemaah haji kita di Tanah Suci. Berdasarkan pengalaman dan prestasi cemerlang Tabung Haji  sehingga ke hari ini, dalam menguruskan jemaah Malaysia di Tanah Suci, saya percaya tidak akan timbul masalah-masalah yang akan menggangu perjalanan ibadah serta proses menunaikan aktiviti haji jemaah kita di sana. Komitmen dan inisiatif Tabung Haji ini jelas membuktikan kerajaan amat prihatin dan mengambil berat mengenai kebajikan umat Islam di Malaysia dalam menunaikan tuntutan rukun Islam kelima ini.

Alhamdullilah, UMNO Bahagian Pasir Gudang juga telah berkesempatan mengadakan satu majlis khusus pada hari Sabtu, 1hb November untuk meraikan mereka yang akan menjadi tetamu Allah ini. Majlis antara lain bertujuan untuk meraikan 41 orang bakal jemaah haji dari kawasan Parlimen Pasir Gudang yang akan mula berlepas secara berperingkat-peringkat mulai Isnin, 3hb November ini. Harapan saya semoga mereka yang akan menjadi tetamu khas Allah di tanah suci Makkah ini akan berlepas dan pulang dengan selamat serta menjadi haji mabrur selaras dengan tuntutan Islam. Saya juga mendoakan agar segala perjalanan serta pergerakkan aktiviti di Tanah Suci nanti akan berjalan lancar tanpa sebarang kejadiaan yang tidak diingini akan berlaku. Saya juga berharap agar para jemaah sekalian untuk tidak lupa mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran negara demi kebaikan sejagat.

Sekali lagi, selamat berlepas dan selamat menunaikan ibadat haji khusus kepada bakal jemaah haji dari kawasan Parlimen Pasir Gudang dan bakal haji dari seluruh negara.


Responses

  1. datuk tetap khidmat untuk umno

  2. Salam YB,

    Saya (Prof) Wardah, dari UTM. Syukur Alhamdulillah, Dato’ Seri masih Menteri yang menjaga kami di IPT. Salam Tahniah sekali lagi.

    All the best. Hopefully we all can meet our KPIs.

    Regards,
    Wardah


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: