Posted by: khalednordin | October 16, 2008

The 4th Conference of the Ministers of Higher Education and Scientific Studies of Islamic Countries, Baku, Azerbaijan from 6 to 8th October 2008

Baku, ibu negara Azerbaijan telah menjadi tuan rumah bagi Perjumpaan Tahunan Ke-Empat Menteri-Menteri Pendidikan Tinggi dan Pengajian Saintifik Negara-negara Islam baru-baru ini. Delegasi seramai 200 orang dari 41 buah negara Islam telah mengambil bahagian dalam perjumpaan tersebut. Dengan tema ‘Bringing Change through Scientific Youth Force’ perjumpaan bermatlamat untuk mewujudkan satu hubungan dan kerjasama antara negara-negara Islam dalam bidang pendidikan, sains, kebudayaan dan komunikasi.

Saya mewakili kerajaan Malaysia telah menyampaikan ucapan dalam persidangan tersebut. Dalam ucapan tersebut, saya telah memberi penekanan mengenai kepentingan jalinan kerjasama dan hubungan antara negara-negara Islam dalam aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi. Saya juga telah menyarankan supaya negara-negara Islam menerokai peluang-peluang baru yang berpotensi tinggi seperti sistem perbankan Islam untuk dikomersilkan di peringkat antarabangsa.

Di Baku, saya juga berkesempatan berjumpa dengan Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev dan juga Menteri Pendidikan negara itu, Misir Mardanov untuk berbincang dengan lebih lanjut mengenai peluang dan kerjasama yang boleh dijalinkan antara Malaysia dan Azerbaijan dalam bidang pengajian tinggi serta bidang-bidang lain. Di samping itu juga, saya juga telah berjumpa dengan delegasi dari negara-negara seperti Comoros, Gambia, Iraq, Mali dan juga Syria. Mereka meyambut baik cadangan Malaysia untuk bekerjasama dalam bidang pendidikan dan sains dengan harapan untuk di samping memartabatkan lagi imej negara-negara Islam di mata dunia.

Sekalung tahniah juga saya ucapkan kepada penyelidik sains dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Ir. Dr. Mohd Sapuan Salit kerana telah berjaya merangkul pingat emas dalam Hadiah Sains Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization (ISESCO) bagi kategori Teknologi di Baku. Diharapkan kejayaan yang telah dirangkul oleh Prof. Mohd Sapuan menjadi pendorong dan motivasi kepada penyelidik-penyelidik tempatan yang lain untuk terus berusaha mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Berikut adalah UCAPAN saya di perhimpunan tersebut


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: