Posted by: khalednordin | October 7, 2008

Majlis Rumah Terbuka Parlimen Pasir Gudang – Jumaat, 3hb Oktober 2008

Alhamdullilah, pada hari Jumaat bersamaan 3hb Oktober yang lalu saya berkesempatan mengadakan majlis rumah terbuka Aidil Fitri di Dewan Serbaguna Taman Johor Jaya, Pasir Gudang. Majlis diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di samping peluang untuk sama-sama bertemu dengan masyarakat di dalam Parlimen Pasir Gudang yang saya wakili. Majlis ini juga dibuat atas semangat meraikan perayaan terbesar di negara kita bukan sahaja bersama umat Islam yang meraikan sambutan ini, tetapi meraikan kemeriahan sambutan bersama dengan kaum-kaum lain. Saya berasa amat terharu dan berterima kasih dengan sambutan yang telah diberikan oleh warga Parlimen Pasir Gudang serta jemputan lain. Jemputan terdiri daripada bukan hanya masyarakat tempatan dari kawasan sekitar, tetapi turut meliputi warga Kementerian Pengajian Tinggi dan agensi-agensi di bawah kementerian. Saya berpendapat sambutan sebegini menggambarkan suasana harmoni di kalangan masyarakat berbilang bangsa di negara kita. Ini adalah hasil daripada kestabilan politik tanah air yang telah lama wujud di negara kita hasil formula perkongsian kuasa kerajaan Barisan Nasional yang dipelopori oleh UMNO itu sendiri. Saya juga berharap agar hubungan akrab dan jalinan murni yang sedia terjalin antara kita sesama rakyat Malaysia dapat terus dikekalkan bagi memastikan negara terus berkembang maju ke arah mecapai misi dan visi Wawasan 2020.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada tetamu jemputan yang saya tidak sempat ketemui pada majlis tersebut. Ini kerana saya terpaksa pulang awal ke Kuala Lumpur bagi membuat persiapan sebelum terbang ke Baku, Azerbaijan bagi menghadiri Mesyuarat Perjumpaan Menteri-Menteri Pengajian Tinggi Negara-Negara Islam (OIC) di sana.

Sekali lagi, Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada seluruh warga Malaysia dan mengharapkan hari raya pada tahun ini disambut dengan penuh meriah.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: