Posted by: khalednordin | October 2, 2008

Lawatan Kerja/Rasmi Ke Jakarta – 21-23hb September 2008

Saya berkesempatan mengadakan lawatan kerja/rasmi ke Jakarta baru-baru ini. Sudah/Memang menjadi kelaziman bagi saya ke Indonesia membuat lawatan ke Indonesia setiap tahun bagi tujuan untuk berjumpa dengan para pelajar dan rakyat Malaysia yang belajar dan menetap di sana. Saya telah diraikan dalam majlis berbuka puasa bersama pelajar yang telah diadakan di Hotel Sahid Jaya, Jakarta pada hari Ahad bersama-sama dengan para pelajar dan rakyat Malaysia dari beberapa buah universiti sekitar Jakarta termasuk Universitas Indonesia, Universitas Trisakti, Universitas Krida Wacana, Universitas Prof Mostopo, dan Universitas  Islam Negeri Shahidatullah dan Universitas Padjajaran. Saya  turut mengambil kesempatan untuk menasihatkan para pelajar supaya sentiasa menjaga nama baik negara semasa berada di Indonesia dalam ucapan saya.  Saya juga menasihatkan pelajar supaya menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran serta memanfaatkan peluang dan pengalaman berguna melanjutkan pelajaran di negeri orang dengan sebaik mungkin. Majlis turut dihadiri oleh Duta Malaysia ke Indonesia, TYT Dato’ Zainal Abidin Zai, Y.Bhg Prof Dato’ Dr Ir Radin Umar Radin Sohadi, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Dr Junaidi Abu Bakar, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (JPM) Indonesia serta Pegawai-pegawai Kedutaan dan JPM.

Selepas selesai majlis berbuka puasa, saya juga berkesempatan mengadakan pertemuan dengan pimpinan 2 buah Kelab UMNO Indonesia iaitu Kelab UMNO Jakarta dan Bandung. Dalam pertemuan tersebut, pelbagai perkara terutamanya hal berkaitan perkembangan politik semasa tanah air sempat dibincangkan. Saya juga melahirkan rasa gembira kerana para pelajar Malaysia di Indonesia mengikuti perkembangan terkini tanah air dan ini membuktikan mereka prihatin terhadap perkembangan semasa negara.

Saya juga berkesempatan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan Nasional Republik Indonesia, Bambang Sudibyo di pejabat beliau pada hari Isnin. Dalam pertemuan dengan Menteri tersebut, beberapa perkara dan isu serta perkembangan terbaru berkaitan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Beberapa isu berkaitan kebajikan dan hal ehwal pelajar Malaysia juga turut dibincangkan dalam pertemuan tersebut. Hubungan diplomatik yang sedia terjalin antara kedua buah negara dapat dipertingkatkan dan diharmonikan lagi melalui sektor pendidikan. Peluang-peluang seperti research collaborative dan student exchange antara penekanan yang boleh diberi perhatian oleh kedua-dua buahy negara. Republik Indonesia juga mempunyai dasar dan polisi yang konsisten dengan Malaysia dalam sektor ini yang mana penekanan kepada aspek internationalisation effort adalah antara tumpuan dna fokus kedua-dua buah negara. Selepas perjumpaan tersebut, saya juga telah melawat Kedutaan Malaysia bagi mendengar taklimat berkenaan perkembangan projek pembangunan Wisma Malaysia di Jakarta. Kesempatan juga diambil dengan membuat lawatan ke tapak projek pembangunan tersebut. Alhamdullillah, projek berjalan lancar dan diharapkan ianya akan siap seperti yang dijadualkan.

Di kesempatan dan ruang ini juga saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh warga Kementerian Pengajian Tinggi serta semua rakyat Malaysia.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: