Posted by: khalednordin | August 22, 2008

Analisis daripada Malaysian Student Leaders Summit (MSLS) 2008

Pada awal bulan ini, saya menerima jemputan oleh Persatuan Mahasiswa United Kingdom dan Eire atau lebih dikenali dengan nama United Kingdom and Eire Council for Malaysian Students (UKEC) untuk merasmikan Second Malaysian Student Leaders Summit yang diadakan di Kuala Lumpur. Pihak penganjur telah memilih tajuk ‘Student Activism as an Element of Human Capital Development’ atau dalam bahasa Melayunya ‘Aktivis Pelajar Sebagai Elemen Pembangunan Modal Insan’ sebagi tajuk ucapan saya.

Tahniah saya ucapkan kepada pihak penganjur atas daya usaha mengumpulkan sebegitu ramai pemimpin pelajar pada satu majlis yang saya rasa begitu kondusif dan bermakna. Saya juga difahamkan bahawa pelajar-pelajar yang hadir sebagai peserta program tersebut adalah pelajar yang dihantar oleh kerajaan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat, Rusia, Jerman dan para pemimpin pelajar tempatan.  

Dalam ucapan tersebut, saya telah menyebut beberapa ciri dan sifat yang perlu ada pada diri seorang pemimpin. Sifat dan ciri tersebut adalah:

i. Sebagai seorang pemimpin, dia hendaklah bertanggungjawab;
ii. Seorang pemimpin dia juga hendaklah sentiasa relevan dengan keperluan dan keadaan semasa;
iii. Pemimpin juga harus sentiasa bersedia menerima dan menghadapi cabaran; dan
iv. Pemimpin perlu mempunyai kemahiran yang pelbagai.

Menyedari kepentingan usaha membentuk kepimpinan pelajar semasa di universiti, pihak kementerian saya telah bersetuju dan memasukkan elemen Pembangunan Pelajar Menyeluruh atau ‘Holistic Student Development’ sebagai salah satu agenda kritikal dalam pelaksanaan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara.

Elemen ini akan tertumpu kepada aktiviti dan program berkaitan kepimpinan, sahsiah dan pembangunan diri pelajar. Ia juga secara tidak langsung dapat mengasah bakat kepimpinan dalam diri pelajar yang menjadi pelengkap kepada ilmu yang dipelajari di universiti. Selain aspek kepimpinan, ciri-ciri penting lain yang patut ada pada diri seorang pelajar cemerlang seperti kemahiran berkomunikasi, berinteraksi dan sebagainya akan dititik beratkan dalam pelaksanaan elemen ini.     

Melihatkan kematangan, daya pemikiran serta mentaliti di samping kekuatan ilmu yang ada para pelajar Malaysia pada hari ini, saya yakin negara pada masa akan datang berada di tangan yang baik, mewarisi kepimpinan negara pada hari ini. Dengan itu, sama-samalah kita semua bekerja dengan lebih kuat dalam dalam usaha menjamin masa depan yang lebih cemerlang untuk generasi akan datang di samping memastikan negara terus berada di tahap yang gemilang, insyaAllah. Saya lampirkan bersama teks ucapan yang telah disampaikan dalam majlis tersebut untuk perhatian para pembaca.

Teks Ucapan MSLS 2008


Responses

  1. YB Dato’
    Saya amat bersetuju bahawa pemimpin samada di peringkat atas, pertengahan, dan akar umbi hendaklah relevan. Tidak dinafikan ini juga melibatkan pemimpin dalam sesuatu organisasi seperti Universiti, NGO, Institusi Keawangan serta organisasi perniagaan.

    Dalam kuliah-kuliah saya serta perbincangan dan forum yang saya wakili banyak responden mengaitkan pemimpin ‘yang tidak relevan’.

    Pada perspektif saya, 2 sebab perkara ini berlaku:
    1. Pemimpin tersebut kurang ilmu dalam kepimpinan terkini.
    2. Ketiadaan atau tidak ada objektif yang tepat bagi sesuatu perancangan dan disertai strategi yang kurang baik hasil daripada kekurangan penyelidikan. Akhirnya mereka banyak melakukan aktiviti, atau melaksanakan tugas dengan ‘adhock’.

    Oleh itu saya amat bersetuju dengan YB Dato’ bahawa pemimpin mesti relevan dan banyak membuat penyelidikan sebelum sebarang perancangan dilakukan. Dengan ini sahaja masyarkat Malaysia akan bertambah maju dan tersusun.

    Terima kasih.

    Mohd Zulkufli Zakaria

  2. Assalamulaikum Yb Dato’
    Terlebih dahulu saya naka perkenalkan diri saya. Saya adalah seorang pensyarah perubatan UNIMAS yang pernah bertanya soalan kepada YB Dato’ semasa lawatan YB Dato di Unimas sedikit masa yang lalu. Lebih tepat lagi saua ialah yang menyokong saranan Yb Dato supaya di ujudkan Pusat Asasi Sains di Sarawak untuk memenuhi kepentingan pelajar Bumiputera di Sarawak. Saya sebagai salah seorang produk asasi sains UM amat bersetuju bahawa asasi sains telah memertabatkan anak bangsa khususnya dalam bidang perubartan adan kejuruteraan di UM.
    Perkara yang hendak saya timbulkan ialah:
    1) Saya ingin ucapkan tahniah atas ujudnya blog peribadi YB Dato’. Ini akan memberi ruang kepada pensyarah2 meluahkan pandangan, rintihan terus kepada YB Dato’.
    2) Walaubagaimanapun ada sesetengah isu itu mungkin mereka tidak mahu berkongsi dengan masyarakat umum maka lebih baik lah Yb Dato dapat memberi emel Yb Dato kepada seluruh pensyarah di IPTA untuk berhubung terus dengan YB Dato’. Saya berpendapat dengan cara ini banyak perkara dapat di ketahui oleh YB Dato’ sebagai “fresh from the oven” atau masih panas dan relevan. Maka saya merayu agar Yb Dato dapat memberi emel YB Dato kepada kami.
    3) Semua orang bersetuju IPTA di negara kita harus di rejuvenasikan kalau hendak tergolong di antara yang terbaik dalam dunia. Tapi apa yang saya nampak ada di antara IPTA ynag mengambil kakitangan yang sudah pencen. Saya bukan mempersoalkan yang berlatar belakang akademik tetapi yang di ambil adalah yang tidak berlatar belakang akademik langsung dan kemudian pulak di amanah untuk mengemudi sesebuah fakulti. Adalah tidak logik seseorang yang baru dalam dunia akademik,baru dalam dunia penyelidikan di suruh menjadi ketua. Ini sama lah kita ibaratkan “the blind is leading the blind”
    Saya akan terus menyumbang dalam blog YB Dato dalam amasa yanga akan datang
    Selamat Berpuasa
    Annuar Rapaee
    Pensyarah Perubatan UNIMAS
    email: annuar.rapaee@gmail.com

  3. Disini saya ingin bangkitkan isu berkenaan KAJIAN YG DILAKUKAN OLEH UPSI BERKENAAN SUBJEK SAINS DAN MATEMATIK DI AJAR DALAM BAHASA INGGERIS..

    Sebenarnya tak ada masalah pun pelajar belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris kerana pada waktu itu lah mereka sesuai di bentuk.. jika dimulakan pada tahap tahun satu semestinya pada tahap tahun 6 dan masuk tingkatan pelajar itu tak akan berasa kekok belajar dalam bahasa inggeris kerana dia akan lebih kerap berbahasa inggeris dalam satu hari.

    Masalah sekarang timbul kerana GURU-GURU SEKARANG MAJORITI TIDAK FASIH BERBAHASA INGGERIS. JAdi bagi saya kajian UPSI adalah tidak sempurna.Jika dikaji balik maka akan didapati bahawa GURU_GURU adalah punca penguasaan bahasa inggeris pelajar menjadi lemah.

    Satu lagi pendapat saya, untuk seseorang itu menguasai sesuatu bahasa maka dia perlu kerap bertutur contohnya seorang pelajar MELAYU belajar di sekolah cina (seperti anak saudara saya) oleh kerana kerap bertutur maka dia berjaya menguasai bahasa tersebut malah lebih baik daripada kawannya yg berbangsa cina tetapi tidak bertutur bahasa mandarin di sekolah dan di rumah. Oleh itu dengan adanya Pembelajaran BAhasa INggeris utk 2 subjek tersebut secara tidak langsung memningkatkan lagi kekerapan pelajar-pelajar itu bertutur.

    Dari segi teknikalnya pula jika daripada mula lagi pelajar-pelajar itu diajar semua istilah teknikal didalam bahasa inggeris maka sepatutnya tidak ada masalah yg timbul untuk tidak dapat memahami. Ini berbalikkepada perkara pertama iaitu BAGAIMANA GURU-GURU itu berjaya menyampaikan sesuatu subjek itu.

    Persoalan lain yg ditimbulkan bahawa semua negara maju menggunakan bahasa sendiri dalam pembelajaran,memang betul tapi adakah negara kita negara maju? dan adakah negara kita mempunyai cukup buku-buku ilmiah didalam bahasa melayu??

    Disini pada pendapat saya pemimpin yg menganjurkan isu ini adalah seorang pemimpin yang memandang jauh kehadapan..

    Untuk anak-anak kami disekolah sahaja mereka berpeluang mengasah bahasa inggeris mereka.
    YB seorang gradusi di Universiti ternama maka haruslah berpandangan jauh dan kritis.

    Sebenarnya ini bagus untuk kemajuan semua rakyat tidak kira bangsa.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: