Posted by: khalednordin | May 30, 2008

Salam perkenalan… Selamat datang ke blog saya

Mohamed Khalid Nordin

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya maka dapat saya merealisasikan hasrat untuk berkomunikasi dengan saudara-saudari menerusi blog.

Kemajuan teknologi maklumat atau lebih tepat internet telah membawa dunia kepada satu dimensi baru. Dalam era globalisasi dunia tanpa sempadan ini, applikasi dan implikasi penggunaan teknologi dan kemajuan internet amat luar biasa merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Kerajaan pada hari ini yang dipelopori oleh Barisan Nasional memang tidak alpa dan ketinggalan dalam arus pemodenan ini. Pembangunan infrastuktur seperti penyediaan kemudahan jalur lebar dan sebagainya tetap menjadi keutamaan sebagai respon kepada pembangunan pesat ini.

Selain digunakan sebagai salah satu sumber maklumat utama pada masa kini, internet juga digunakan sebagai saluran untuk berkomunikasi.

Menyedari kepentingan pembangunan pesat teknologi dan peranan penting yang dimainkan oleh internet sebagai salah satu alat komunikasi dan interaksi, saya mengambil langkah untuk mewujudkan sebuah ‘web log’ atau lebih dikenali dengan blog. Tujuan dan matlamat asas penubuhan blog ini antara lain lebih kepada bertujuan untuk menyediakan medium terbaik untuk semua pihak menyalurkan pandangan dan maklumat terus kepada saya.

Selaras dengan tugas rasmi sebagai ahli kabinet yang memegang portfolio menteri di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), saya juga merasakan pentingnya untuk saya mewujudkan sebuah platform untuk berkomunikasi terutamanya dengan para pelajar dan ahli akademik universiti-universiti di bawah skop kementerian. Bidang tugas saya bukan hanya meliputi pelajar-pelajar dan ahli-ahli akademik di tanah air, ianya juga termasuk puluhan ribu rakyat Malaysia yang sedang belajar di universiti-universiti terkemuka di seluruh dunia.

Dalam usaha untuk meningkatkan lagi martabat sektor pendidikan tinggi negara, saya amat mengalu-alukan idea, pandangan konstruktif serta kritikan membina dari para pembaca selaras dengan usaha murni tersebut.

Dalam menguruskan urusan harian sebagai seorang menteri dan ahli parlimen, baik ianya rasmi atau tidak, komen dan pendapat pembaca mungkin tidak dapat dipenuhi dan dibalas setiap masa. Menyedari hakikat tersebut, saya berusaha dengan sebaik mungkin untuk membalas dan memberi komen atas pendapat dan idea yang diutarakan oleh pihak pembaca. Apa yang diharapkan semoga komen, pendapat mahupun kritikan konstruktif terus diajukan melalui platform yang telah disediakan ini.

Para pembaca yang dimuliakan,

Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada semua penduduk di dalam kawasan Pasir Gudang di atas kepercayaan dan mandat besar yang diberikan kepada saya dalam Pilihanraya Umum ke-12 baru-baru ini. Saya juga akan berusaha untuk memberikan khidmat yang sebaik mungkin sebagai ahli parlimen Pasir Gudang. Saya berharap saluran ini juga akan digunakan dengan sebaik-baiknya oleh masyarakat Pasir Gudang di mana saya wakili.

Salam Sejahtera,

Mohamed Khaled Nordin

Khalednordin.wordpress.com


Responses

  1. Salam Dato,

    Tahniah dan salam hormat dari saya. Saya mengharapkan agar blog Dato dapat menjadi medan diskusi dan percambahan idea bagi golongan akademia terutamanya yang masih baru seperti saya agar sistem pengajian tinggi negara dapat dimantapkan dan dimandirikan demi kebaikan agama, bangsa dan agama.

    Salam berblog dari bakal pensyarah muda Fakulti Undang-undang UiTM.

  2. Assalamualaikum Dato’ Seri, Tahniah diatas kewujudan blog ini dan Tahniah juga kerana berjaya menerajui KPT dengan tabah. Semoga segala cabaran dalam mengangkasakan pengajian tinggi negara terutama meningkatkan kualiti dan pendidikan bangsa melayu dapat di tangani dengan tenang, bertawakal dan berusaha. Sebagai warga Johor, ahli UMNO,Warga Universiti Malaya, dan alumni English College,sudah tentu saya amat berbangga dengan pencapaian Dato Seri sehingga hari ini. Saya doakan kecemerlangan Dato Seri dalam KPT bagi merubah nasib bangsa Melayu berpendidikan demi memperkasa bangsa, agama dan tanahair.

  3. Dear Dato’
    It has been a while awaiting intelligent person like you to be in BLOG and I personally welcome you. Despite of some negative remarks given to BLOGGERS I would say that we must be at PAR with the world level of communication and not to retard it. “You can’t stop time or changes, but manage it”.

    In what so ever way, readers must be looking forward to undersatnd you with more write ups and I believe on future plan of yours for Universities and students; the generations breeder for next Malaysian Generations.

    I dont believe you would be writing politics since let it be the job of political bloggers.

    Look forward to be your fans and I believe more would pen to comments.

    Zul Zakaria

  4. Salam Datuk Seri,

    Tahniah kerana berjaya menghasilkan blog ini. Semoga blog ini akan menjadi wadah utk perjuangan Datuk Seri.

    Saya adalah seorang yang bekerja dalam industri kejuruteraan berat di Pasir Gudang. Saya tinggal di Bandaraya Johor Bahru. Setiap hari saya berulang-alik JB-PG melalui Lebuhraya PG. Masalah yang saya hadapi adalah kesesakan lalulintas di lebuhraya tersebut sewaktu pergi dan balik. Saya minta jasa baik Datuk Seri untuk menaiktaraf jalan tersebut untuk kebaikan bersama. Industri kejuruteraan berat adalah industri yang sedang berkembang di negara ini. Saya harap perkara ini dipandang serius. Terima Kasih.

  5. tak ramai tahu blog dato.Nanti saya paparkan dalam RSS blog saya. Juga saya akan promosi blog dato.

    Harap dato ulas isu2 semasa dgn kerap dan mantap..

    rasanya dato boleh minta bantuan assistant dato utk tolong uploadkan dan adjust.

    yg penting idea dan confirmation dtg dari dato sendiri.

    salam perpaduan.

    http://beritamalaysiakini.wordpress.com

  6. penulis_cyber,

    Terima kasih atas idea dan pandangan. Harap dapat membantu.

  7. Salam perkenalan dari saya kepada YB Dato’ Khaled Nordin Menteri Pengajian Tinggi 2009. Tahniah diucapkan kepada Dato’.

  8. Assalamualaikum Dato Seri,

    Tahniah kerana berjaya menghasilkan blog ini. Semoga blog ini akan menjadi wadah utk perjuangan Datuk Seri.

    YB Dato ‘Seri , disini ingin saya memohon perhatian daripada Pihak Dato Seri ,untuk memantau Kos Yuran Pengajian yang semakin meningkat dan membebankan . Saya adalah diantara Pelajar e-pjj Uitm peringkat Diploma ingin mengeluh resah ,dan berasa terbeban dengan yuran kos Pengajian pelajar epjj Uitm yang semakin meningkat dari semester ke semester.Walaupun kami adalah pelajar PJJ yang bekerja tetapi yuran pengajian yang semakin meningkat amat membebankan kami yang rata -rata berkahwin dan mempunyai keluarga yang hendak ditangung disamping simpanan untuk membayar yuran pengajian setiap semester.namun jika yuran pengajian seperti ini semakin meningkat ia amatlah membebankan walaupun niat dihati untuk menuntut ilmu tetap diteruskan.
    Dengan ini saya diantara Pelajar e-pjj Uitm amat berharap di bawah jasa baik Dato’Seri dapat memantau dan memberi perhatian tentang kenaikan Yuran Pengajian e-pjj yang semakin meningkat ketara dari semester ke semester ini , sesuai dengan Cogankata Rakyat didahulukan ,Prestasi Diutamakan.
    Sekian Terima Kasih..

    • Terima kasih kepada pembaca s4852 atas komen dan pandangan di atas. Saya akan mohon ulasan dan jawapan dari pihak UiTM mengenai perkara ini.

      Terima kasih sekal lagi.

  9. salam dato seri.semoga kesejahteraan dan kesihatan yang baik di beri kepada dato seri dalam menjalankan tanggungjawab.saya salah seorang dari pelajar epjj uitm…ingin menyuarakan keluhan berkenaan yuran uitm pjj di uitm.saya berasa begitu hairan dengan kadar yuran di uitm dengan setiap semster semakin naik..dari asal satu subjek rm250 naik kepada rm290..tiap2 semester ada peningkatan.tapi yang menghairankan staf uitm di beri potongan bayaran sehingga 50% untuk semua subjek dan staf kerajaan yg lain tak deberi potongan seperti itu…sedangkan kamipn kakitangan kerajaan jugak mangapa tidak diberi potongan seperti itu..rata2 pelajar pjj bukanlah berasal dari golongan yang berada.lagipn uitm universiti bumiputra sepatutnya meringankan beban bumiputra.kami cuma beljar diuitm sebulan sekali sahaja dan yang lain belajar sendiri.saya berharap dato seri dapt memberi penyelesaian tentang masalah ini.dan membantu meringankan beban kami..bagi menjamin anak bangsa terus maju.dan berjaya.terima kasih dato seri…

    • Saudara fendi215,

      Saya turut akan mendapatkan jawapan bagi pertanyaan dan komen saudara seperti di atas.

      Terima kasih kerana sudi membaca dan memberi komen.

      Wassalam.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: